PolicyStreet Tawar Kredit Touch ‘n Go eWallet RM100 untuk Setiap Pembaharuan Insurans Kereta 

84

Dari hatchback hingga ke Hilux, PolicyStreet menawarkan lebih RM100,000 dalam bentuk pulangan tunai — hanya dengan memperbaharui insurans kereta di platform mereka, tanpa sebarang pembelian minimum.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Julai 2025 /PRNewswire/ — Masih memperbaharui insurans kereta di tempat lain? Anda mungkin sedang “melepaskan rezeki” begitu sahaja. Julai ini, PolicyStreet melancarkan kempen Cash Kembali, yang menawarkan RM100 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go (TnG) eWallet untuk setiap pembaharuan insurans kereta yang dilakukan melalui platform mereka.

Memperbaharui insurans kereta anda dengan PolicyStreet dan dapatkan RM100 dalam bentuk kredit Touch n’ Go eWallet!

Kempen Cash Kembali bermula pada 7 Julai 2025 dan akan berlangsung sehingga diberitahu kelak. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira model atau jenama kereta, dan tanpa sebarang pembelian minimum. Pulangan tunai sebanyak RM100 akan dihantar melalui e-mel dalam bentuk PIN tambah nilai TnG dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

“Ramai yang tak sedar bahawa insurans kereta adalah antara komitmen tahunan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Kami mahu ubah tanggapan itu — daripada satu beban, kepada satu ganjaran. Anda dilindungi, dan dalam masa yang sama, anda terima pulangan tunai,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Yang menarik, pulangan tunai RM100 ini diberikan untuk setiap kenderaan, bukan terhad kepada seorang individu sahaja. Bagi rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, anda akan menerima RM100 untuk setiap pembaharuan insurans yang dibuat melalui PolicyStreet. Sebagai contoh, jika anda memiliki dua buah kereta dan memperbaharui insurans kedua-duanya melalui PolicyStreet, anda layak menerima RM200. Lebih banyak kereta, lebih banyak anda boleh jimat!

Mudah sahaja nak tebus ganjaran ini. Hanya layari car.policystreet.com dan minta sebut harga. Dengan hanya beberapa klik, anda akan menerima sebut harga daripada beberapa syarikat insurans terkemuka yang dipilih berdasarkan nilai dan perlindungan. Sebelum buat bayaran, anda juga boleh menambah perlindungan tambahan seperti pembaharuan cukai jalan, perlindungan cermin kereta dan banyak lagi. Tiada borang fizikal, tiada panggilan telefon dan tidak perlu beratur.

Nak Lagi Jimat?

Serlahkan semangat pemburu diskaun dalam diri anda dan gabungkan kod promo untuk gandakan penjimatan! Guna kod PSBELANJA10 untuk diskaun RM10 bagi pembaharuan pertama anda, atau PAYDAY35 untuk diskaun tambahan RM35 dari 25–30 haribulan setiap bulan. Diskaun ini boleh digunakan semasa pembayaran, dan anda tetap akan menerima ganjaran RM100 selepas pembelian.

Tak nak bayar sekaligus? Bayar secara ansuran sehingga 12 bulan melalui Easy Payment Plan dengan 9 bank terlibat seperti Maybank, Public Bank dan CIMB. Guna kad debit? Anda juga boleh pilih bayaran ansuran melalui Buy Now Pay Later seperti Atome, SPayLater atau PayLater by Grab — siap dengan diskaun semasa pembayaran!

Posted in Biz

E Arkian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp