
Kredit Foto : FB Rasmi Menteri Dalam Negeri
PUTRAJAYA 5 Mac 2025 – Mengenai satu insiden kontroversi baru-baru ini yang melibatkan DJ radio membuat permohonan maaf, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses undang-undang akan diteruskan sekiranya laporan polis dibuat.
“Permohonan maaf adalah langkah positif, tetapi jika ada laporan, polis akan menyiasat untuk menentukan sama ada ada asas pendakwaan,” katanya menjawab solan wartawan di sidang media sempena Majlis Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Beliau turut menekankan kepentingan kesedaran dalam menjaga sensitiviti kaum, agama, dan budaya di Malaysia.
“Kita perlu saling memahami untuk hidup harmoni.
“Walau bagaimanapun, kerana laporan polis telah dibuat, kita serahkan kepada siasatan,” ujarnya.