

Alor Setar, 23 Februari 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan menerima mengadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Istana Anak Bukit hari ini.
Dalam satu hantaran di Halaman X, Saifuddin menyatakan rasa syukur dan menjunjung kasih atas perkenan baginda.
“Kami, seluruh warga Kementerian Dalam Negeri, mendoakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melimpahkan rahmat dan hidayah kepada Duli Tuanku serta Kerabat Diraja, di samping sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera, dan penuh kedaulatan.
“Daulat Tuanku” ujarnya.