
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Mauritius-Reunion pada jam 3:19 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 3:19 pagi, 27 September 2024 |
Koordinat | : 17.2° Selatan 66.7° Timur |
Lokasi | : Rantau Mauritius-Reunion |
Magnitud | : 6.0 |
Jarak | : 3,283km Tenggara dari Mombasa, Kenya |
Kedalaman | : 38 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.