11 April 2023 – Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook (Anthony Loke) mengumumkan pelantikan Dato Ir. Alice Jawan Empaling sebagai Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang terbaharu bagi tempoh 3 tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac 2023 hingga 27 Mac 2026.
Menurut Anthony dalam satu siaran media hari ini, Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Setiausaha Tetap semasa Kementerian Pengangkutan Sarawak sejak 1 Oktober 2022.
\”Beliau turut memegang beberapa jawatan Pengurusan Kanan dan Lembaga Pengarah di negeri Sarawak termasuk memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak.
Selain pada itu, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2021.\” kata Anthony lagi.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di atas pengesahan dan sokongan yang diberi megenai pelantikan Dato Ir. Alice sebagai Anggota Suruhanjaya MAVCOM.
- Makna hari raya di mata anak-anak OKU pembelajaran
- HEROAD Lancar Era Baharu Permainan: Peralatan Bertaraf Profesional dengan Nilai Terbaik
- Bubur Lambuk, Iftar Jamaie SMK Kota Masai Semarakkan Ramadan
- Biologi sel mengajar kita erti ukhuwah yang sebenar
- UM kongsi rezeki bersama 70 keluarga asnaf di Ampang
