4 April 2023 – Berhubung laporan bertajuk \”46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam” yang disiarkan oleh sebuah media semalam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil hari ini memberi penjelasan.
Jelas JPN dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu agensi yang diberikan kemudahan akses kepada Sistem myIDENTITY milik JPN.
\”Sistem myIDENTITY mula diperkenalkan pada tahun 2012 telah dapat membantu SPA mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Pengintegrasian sistem ini juga membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang mana ianya merupakan keperluan wajib kerana jawatan di dalam sektor awam adalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja.
JPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan ini.\” kata JPN.
Sebagai makluman, JPN telah menyediakan kemudahan Sistem myIDENTITY kepada agensi-agensi Kerajaan bagi tujuan perkongsian data asas individu.
Tambah JPN kemudahan yang dibangunkan itu membolehkan agensi yang mendapat akses kepada sistem ini membuat semakan silang antara data pelanggan agensi dengan data JPN untuk mengesahkan kesahihan maklumat peribadi pelanggan berkenaan. Sehingga kini sebanyak 51 agensi diberikan akses kepada sistem ini.
\”Manakala bagi agensi yang tidak mempunyai akses, semakan data boleh dilaksanakan dengan memohon kepada pihak JPN mengikut keperluan. JPN sentiasa membantu dan bekerjasama dengan pihak agensi dalam melaksanakan pengesahan kesahihan maklumat peribadi agar cubaan salah guna dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JPN dalam perkhidmatan agensi dapat dibanteras.\” ujar JPN.
- Pencarian Asam Pedas di Melaka
- UM tanam 1,100 anak pokok demi kelestarian biodiversiti kampus
- XOX Lancar Pelan Pascabayar dengan Perjalanan ETS Percuma Setiap Bulan
- Kesejahteraan emosi anak-anak dalam dunia digital
- H: Warga KL Penentu Masa Depan Ibu Kota, Bukan Bekas Exco Melaka – DAPSY
