KUCHING, 9 Februari 2023 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, di sini, pagi semalam.
Tujuan kunjungan hormat yang diketuai Ketua Eksekutif LTAT Dato’ Nazim Othman tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama luas dalam aktiviti pelaburan bersama kerajaan negeri Sarawak.
Untuk rekod, LTAT telahpun mempunyai hubungan pelaburan langsung dan tidak langsung dengan kerajaan Sarawak sama ada pelaburan masuk atau pelaburan keluar melibatkan rakan strategik di negeri ini.
LTAT tertarik dengan polisi ekonomi Sarawak yang berpandangan jauh dan berwawasan seperti kelestarian alam sekitar, ekonomi hijau, ekonomi digital dan sebagainya.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pelaburan Fitri Othman dan Pengarah Kanan Strategi Dayana Rogayah Omar.
- Pencarian Asam Pedas di Melaka
- UM tanam 1,100 anak pokok demi kelestarian biodiversiti kampus
- XOX Lancar Pelan Pascabayar dengan Perjalanan ETS Percuma Setiap Bulan
- Kesejahteraan emosi anak-anak dalam dunia digital
- H: Warga KL Penentu Masa Depan Ibu Kota, Bukan Bekas Exco Melaka – DAPSY
