22 Januari 2023 – Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi.
Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka.
\”Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023.
Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!\” kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau.
Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.
- Skandal tempat kerja
- Teka-teki kehidupan digital anak-anak
- Doa dan zikir sumber kekuatan
- Banjir di Hulu Langat dan Pelajar Menaiki Lori ke Sekolah.
- Co-teaching tuntut komitmen kita semua untuk menjayakannya