6 DISEMBER 2022: – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah berpartisipasi dalam Siri Dialog “The Role of Asia-Pacific Countries in New Conjecture for Malaysian Youth” menampilkan H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden The World Ethno Sports Confederation bertempat di Yunus Emre Institute, Jalan Sultan Ismail.
Kehadiran beliau adalah utusan Presiden Türkiye sebagai penghormatan Türkiye kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Program tersebut adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) dan Pejabat Kedutaan Türkiye di Malaysia.
Hadir sama Duta Republik Türkiye di Malaysia, H.E. Emir Salim Yuksel; Presiden ICYFDC Mr. Taha Ahyan; Presiden MBM Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; dan Mantan Presiden MBM Sdra. Jufitri Joha.
H.E. Necmeddin juga merupakan anak kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.
Terdahulu, pada Disember 2021, Faisal telah mengadakan pertemuan bersama H.E. Bilal Erdoğan di Istanbul, Türkiye. Pertemuan itu turut melibatkan pimpinan ABIM, Turkish Youth Foundation (TÜGVA) dan kakitangan Akademik Istanbul Sabahattin Zaim University.
Semoga ruang kerjasama belia Malaysia dan Türkiye dapat dipererat.



- Belanjawan 2026: memperkasa Bahasa Melayu sebagai tiang ilmu, tanpa menyisihkan Bahasa Inggeris
- Wanita sebenarnya rakan dalam naratif pembangunan
- Latihan mengajar adalah belajar untuk mengajar
- Double 10 Sudah Tiba! Nikmati Tawaran Hebat dan Kejutan Menyeronokkan Comfee
- POP MART Sertai Shopee 10.10 Festival Jenama dengan Koleksi Eksklusif LABUBU dan Siri Halloween