PUTRAJAYA, 5 Disember 2022 –Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, (KKDW) tiba di bangunan Kementerian di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 12:15 tengahari dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Ramlan Harun bersama pihak pengurusan tertinggi dan agensi di lobi bangunan Kementerian.
Datuk Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.
Beliau seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabatnya dan menghadiri sesi taklimat kementerian.
- XOX Lancar Pelan Pascabayar dengan Perjalanan ETS Percuma Setiap Bulan
- Kesejahteraan emosi anak-anak dalam dunia digital
- H: Warga KL Penentu Masa Depan Ibu Kota, Bukan Bekas Exco Melaka – DAPSY
- Membela nasib mereka bukan sekadar melepas batuk di tangga
- Tiga saranan amalan sempena Nisfu Syaaban
