8.8 Shopee Live Fashion Week: Beli Fesyen Terkini, Lagi Murah & Lagi Stylish!

49

KUALA LUMPUR – Media OutReach Newswire – 1 OGOS 2025- Bersiap sedia bersama Shopee untuk 8.8 Live Fashion Week ini, di mana tren fesyen terkini bertemu dengan tawaran yang sukar ditolak. Beli-belah dengan yakin setiap hari melalui diskaun harian 50% trend fesyen untuk produk trending daripada jenama pilihan seperti Zanzea, Zoe Arissa dan Habib. Tambah jimat dengan baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan baucar diskaun harian 50% supaya setiap pembelian rasa berbaloi.

Jom saksikan pencipta kandungan kegemaran Malaysia, Sharifah Rose, Shak Shazwan dan Cupcake Aisyah, bila mereka berkongsi pembelian fesyen terbaik, tips styling dan cara mencari barang trendy dengan harga Lagi MurahSaksikan penampilan pertama mereka di pentas Shopee Live Fashion Runway Show pada 7 Ogos dan rebut peluang untuk dapatkan outfit pilihan mereka dengan harga diskaun!

Inilah yang boleh anda nantikan semasa 8.8 Shopee Live Fashion Week:

  • Diskaun Harian 50% Trend Fesyen
  • Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
  • Baucar Diskaun Harian 50%

Tonton Fesyen Harian

Saksikan pertunjukan fesyen harian dari 12:00 tgh–9:30 mlm di Shopee Live! Para kaki fesyen pasti tak nak lepaskan pameran harian barang-barang paling trending dengan penampilan istimewa pencipta kandungan. Nikmati juga baucar diskaun harian 50% di atas tawaran Lagi Murah.

Pertandingan Get Ready With Shopee (#GRWS)

Tak tahu nak belanja apa untuk 8.8 ni? Terokai lebih daripada 2,000 inspirasi outfit dengan hashtag #GRWS untuk idea gaya terbaru dan kekal on-trend dengan fesyen terkini! Undi konten #GRWS paling hebat untuk peluang menang hadiah daripada kumpulan 1 juta Syiling Shopee!

Pengundi daripada 20 konten #GRWS yang popular akan dipilih secara rawak untuk memenangi Syiling Shopee semasa Shopee Live Fashion Runway Show pada 7 Ogos. Dengan kemunculan khas daripada Sharifah Rose, Shak Shazwan dan Cupcake Aisyah, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ‘winning looks‘ dengan diskaun eksklusif yang hanya ada pada malam itu sahaja!

Pusing & Menang Besar: Dapatkan Koin Sepanjang 8.8!

Dari 1 hingga 9 Ogos, pemenang bertuah akan menangi 8,888 Syiling Shopee dengan Daily Coins Shower setiap hari. Kehabisan peluang pusing? Jangan risau! Hanya belanja RM30 untuk dapatkan satu peluang tambahan serta-merta dan tingkatkan peluang untuk menjadi pemenang bertuah harian.

Fesyen yang Lagi Murah

Dengan diskaun 50% harian untuk barangan fesyen dan baucar livestream, pertandingan fesyen sepanjang kempen, livestream fesyen harian, serta pemberian Syiling Shopee, 8.8 membawakan seminggu penuh gaya dan penjimatan yang tiada tandingan. Layari https://shopee.com.my/m/fashion-beauty atau buka aplikasi Shopee sekarang untuk meneroka tawaran fesyen Lagi Murah terbaik.

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Posted in Biz

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp