
PUTRAJAYA, 21 Mac 2025 – Kerajaan MADANI meluluskan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Bantuan ini merangkumi RM500 untuk penjawat awam Gred 15 ke bawah (setara Gred 56 ke bawah), termasuk kakitangan kontrak, serta RM250 untuk pesara kerajaan, meliputi pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, dan veteran.
Dengan kos RM900 juta, bantuan ini akan memanfaatkan lebih 2 juta penerima dan akan diagihkan sebelum Aidilfitri.
Menurut Anwar, langkah ini mengambil kira keperluan perbelanjaan rakyat, hasil daripada peluasan asas hasil kerajaan melalui penstrukturan semula kewangan awam. Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara, sekaligus menjadi pemangkin untuk mereka terus berkhidmat dengan dedikasi.
Selain itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bernilai RM1.7 bilion untuk 9 juta penerima akan dimulakan pada 24 Mac 2025