
Bawakan kesegaran dalam menyambut Ramadan dan Raya, Doublemint memeriahkan bazar dan menyerikan lebaran dengan pengalaman pudina yang menyegarkan.
KUALA LUMPUR, 10 MAC 2025 – Doublemint, jenama gula-gula getah pilihan rakyat Malaysia untuk nafas segar berpanjangan, membawa semula kesegaran ke jalanan sempena musim Ramadan dan Raya ini.Sebelum ini, Doublemint telah meraikan kemeriahan budaya makanan jalanan di Malaysia, dengan menyatukan cita rasa tempatan dan kesegaran pengalaman pudina Doublemint di bazar-bazar utama dan pasar malam yang menawarkan pelbagai juadah menyelerakan. Kali ini, Kosong-Kosong Dengan Doublemint membawa pengalaman ini ke tahap yang lebih tinggi, meletakkannya di tengah-tengah komuniti, daripada bazar Ramadan yang penuh sesak, hinggalah ke majlis sambutan Raya yang meriah. Ketika orang ramai saling menziarahi mereka yang tersayang, berkongsi juadah, dan mengeratkan silaturahim di musim perayaan ini, Doublemint akan memastikan sentiasa dalam jangkauan, menjadikannya teman yang sempurna untuk nafas segar selepas menjamu selera.
Doublemint bersedia untuk menyebarkan suasana segar dan keceriaan di sepanjang musim perayaan ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang tidak boleh anda lepaskan:

Kesegaran di Jalanan: Nampak warna hijau menarik di jalanan? Itulah pasukan Doublemint yang sedang menyebarkan kesegaran. Pengunjung bazar dan mereka yang sedang berulang-alik berpeluang menikmati kesegaran ini apabila pasukan Doublemint menerjah kesesakan bazar Ramadan, kawasan rehat, dan stesen LRT untuk mengagihkan pek gula-gula getah Doublemint secara percuma. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menikmati kesegaran sempurna selepas berbuka puasa. Pastikan anda terus mengikuti laman Instagram jenama itu untuk mengetahui tempat persinggahan pasukan Doublemint di sepanjang Ramadan.

Menyegarkan Ikatan dengan Setiap Kunyahan: Doublemint kini bekerjasama dengan jenama kegemaran tempatan HALO Doughnuts, pakar dalam mengangkat snek jalanan biasa dan disukai ramai seperti donat menjadi hidangan premium dengan ramuan bahannya yang unik dan berkualiti tinggi. Sempena musim perayaan ini, HALO Doughnuts menawarkan pilihan eksklusif yang menampilkan sentuhan kesegaran menerusi donut Pillough istimewanya yang berintikan serikaya lemon-pudina. Donut ini terkenal dengan teksturnya yang ringan, gebu dan lembut, kali ini ia turut membawakan kesegaran yang sama seperti yang dibawa oleh Doublemint selepas setiap hidangan. Ia menjadi juadah sempurna untuk dikongsi bersama, menyegarkan ikatan dan mengeratkan hubungan selepas berbuka puasa.
Dapatkan donat eksklusif ini hanya di kedai HALO Doughnuts di Gasket Alley, Petaling Jaya bermula dari 13 Mac sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, pada 15 Mac, para pengunjung boleh menikmati permainan interaktif di kedai itu dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang menyegarkan.

Pilihan Teman Balik Kampung Anda: Menjelang ketibaan lebaran, ramai rakyat Malaysia akan memulakan perjalanan balik kampung untuk bertemu orang yang tersayang. Memahami kepentingan perjalanan balik kampung sempena Raya ini, Doublemint turut menganjurkan pertandingan dari 10 hingga 16 Mac, di mana 15 pemenang bertuah akan menerima Touch ‘n Go Charm bertemakan Raya dengan nilai isian RM100 – menjadikan perjalanan balik kampung kali ini lebih meriah dan menyenangkan! Berikut adalah cara untuk anda mengambil bahagian:
- Ikuti @dm_malaysia
- Suka dan kongsi kandungan #KosongKosongDenganDoublemint dan komen tentang memori yang mengeratkan silaturahim dengan orang yang tersayang
- Tag @dm_malaysia dan gunakan tanda pagar #KosongKosongDenganDoublemint #GetFresh #DoublemintMalaysia pada memori yang anda kongsikan
“Di Doublemint, kami percaya bahawa kesegaran di musim perayaan ini tidak hanya mengenai nafas yang segar, ia juga mengenai permulaan baharu, hubungan yang bermakna, dan perspektif baharu. Sebagai pemangkin permulaan segar, Doublemint membantu rakyat Malaysia kembali segar selepas setiap hidangan, setiap majlis perhimpunan, dan setiap detik baharu sepanjang musim perayaan ini. Sama ada berbuka puasa bersama, berkongsi gula-gula getah sebagai tanda ikatan persahabatan, atau pulang ke pangkuan keluarga tercinta, dekat mahupun jauh—Doublemint sentiasa di sisi untuk menyegarkan setiap detik dan menghidupkan kembali momen berharga,” kata Pengurus Besar Mars Wrigley Asia Barat, Sean Jong.
Dengan kembalinya Doublemint ke jalanan, ia akan terus menjadi teman penting untuk rakyat Malaysia, menjadikan setiap majlis sambutan perayaan, perjalanan balik kampung, dan perhimpunan keluarga lebih segar dan bermakna.