
Kuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (“AKRM”), berkuat kuasa serta-merta. Dengan pelantikan ini, Mohd Iskandar Dzulkarnain yang kini menyandang kepimpinan penuh AmanahRaya REIT, akan terus memperkukuh komitmen ‘Amanah’ terhadap pertumbuhan strategik dan kecemerlangan operasi.
Mohd Iskandar mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang strategi korporat, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Ketika menyandang jawatan sebagai Pemangku Pengarah Urusan AKRM, beliau telah menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menghasilkan pemikiran strategik yang berupaya mendorong AmanahRaya REIT bagi mencapai matlamat jangka panjangnya. Dengan tumpuan yang mendalam terhadap peningkatan kecekapan operasi dan nilai portfolio, beliau komited untuk meletakkan AmanahRaya REIT bagi pertumbuhan yang mampan. Pendekatan beliau yang berpandangan jauh mengukuhkan dedikasi ‘Trust’ terhadap aset berkualiti tinggi yang menjana pendapatan, terutamanya dalam sektor pendidikan, perindustrian dan kesihatan.

Pengarah Urusan AKRM. Mohd Iskandar Dzulkarain berkata, ‘Saya berbesar hati untuk memikul peranan sebagai Pengarah Urusan dan memimpin AmanahRaya REIT ke arah pencapaian yang lebih baik. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Lembaga Pengarah AKRM kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab ini. Keutamaan kami kekal tertumpu pada mengoptimumkan portfolio aset, menghasilkan pertumbuhan yang mampan dan memastikan nilai jangka panjang untuk pemegang unit kami. Dengan asas yang kukuh,
saya yakin AmanahRaya REIT berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang baharu dan memperkukuhkan lagi kewujudannya dalam pasaran.’
Lembaga Pengarah AKRM melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Mohd Iskandar Dzulkarnain untuk memimpin AmanahRaya REIT ke fasa pertumbuhan seterusnya. Mereka menyokong penuh kepimpinan dan komitmen beliau untuk memacu pengambilalihan strategik, peningkatan portfolio dan strategi pelaburan yang berfokus kepada elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
AmanahRaya REIT kekal komited terhadap kestabilan, pertumbuhan dan kemampanan, di dalam memastikan pemegang unitnya terus mendapat manfaat daripada strategi pengurusan aset yang mantap, pengekalan tahap penyewaan yang tinggi dan pengurusan kewangan yang berdisiplin. Dengan peralihan kepimpinan ini, AmanahRaya REIT bersedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Amanah’ pelaburan hartanah utama di Malaysia, yang memberikan pulangan konsisten di samping nilai jangka panjang yang lebih tinggi.