
MOSCOW, RUSIA – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengadakan perbincangan lanjut dalam memperluas potensi kerjasama dengan institusi TVET di Rusia.

Komuniti (dua dari kiri) mengadakan pertemuan dengan Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Rusia (dua dari kanan) di Moscow.
Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pada pertemuan bersama Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Rusia berkata, kerjasama tersebut meliputi kepakaran dalam beberapa bidang yang terdiri daripada teknologi makanan, peranti perubatan, maritim dan penyelenggaraan pesawat. Pertemuan ini adalah bersempena Persidangan IT Purple 2025 yang berlangsung pada 15 Mac 2025 di Moscow.
Pada pertemuan tersebut, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail turut menyatakan tentang peranan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Komuniti mengadakan lawatan ke Moscow Institute of Physics and Technology
(MIPT
Sementara itu, beliau juga mengadakan lawatan ke Moscow Institute of Physics and Technology (MIPT) yang merupakan antara universiti terbaik di Rusia dan telah melahirkan beberapa tokoh penerima Nobel Laureates serta angkasawan.
Ketika lawatan, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail telah bertemu dengan Raigorodskii Andrei M, Director of School of Applied Mathematics and Informatics bagi menjalin kerjasama untuk memperkasa TVET dengan membuka peluang kepada tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) menjalani kursus di universiti tersebut.
Delegasi Malaysia yang turut disertai oleh Ts. Abdul Razak Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) dan Dr. Norhayati Ibrahim, Pengarah Bahagian Koordinasi TVET yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) akan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Malaysia di Moscow bersama-sama pelajar Malaysia di sana.