

Lagu ‘‘Penantian’’ adalah satu lagu yang sangat popular pada zamannya kerana melodi yang mendalam dan lirik puitisnya yang menyentuh hati , berkisar tentang perasaan rindu dan penantian yang penuh harapan. Lagu ini yang diterbitkan pada 1981 adalah ciptaan sepenuhnya oleh Zubir Ali yang merupakan penyanyi dari Kumpulan Harmoni.
Kini digubah dengan susunan muzik yang lebih segar dan kontemporari oleh Azmeer dengan nyanyian oleh Lah Ahmad, seorang penyanyi, komposer, penulis lirik yang dikenali sebagai ahli kumpulan Voice of Euphononious (V.E) pada tahun 1999 dan terkenal dengan genre R&B dan pop.
Selain penglibatannya dalam V.E., Lah juga menyertai kumpulan Al-Maulid yang memfokuskan kepada lagu-lagu nasyid. Beliau memulakan kerjaya solo sekitar 2014 dengan album pertama berkonsepkan unsur kerohanian dengan irama R&B dan soul. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan 4 buah album solonya.
‘‘Lagu Penantian bagi saya adalah sebuah lagu yang semakin mendengar semakin lebih indah dan menggengam jiwa’’ – Lah Ahmad
Harap versi baru ‘Penantian’ nyanyian Lah Ahmad ini dapat diterima oleh generasi muda dan juga media radio serta televisyen.
Projek 100 lagu 100 tahun adalah salah satu penerbitan semula 100 lagu pilihan terbaik sepanjang 100 tahun industri muzik. Projek ini merangkumi audio , visual serta sebuah buku meja kopi. Projek ini bertujuan untuk mengumpul dan memastikan salah satu khazanah seni penting negara iaitu lagu – lagu melayu terbaik yang indah melodinya dan pernah memberi dampak yang mengesankan dalam Sejarah muzik Melayu tanahair dalam tempoh seabad yang lalu , dapat dipersembahkan kembali untuk tatapan generasi muda hari ini.
INFO PRODUKSI LAGU
Artis : Lah Ahmad
Tajuk : Penantian (O.A Harmoni)
Komposer & Lirk : Zubir Ali
Hakcipta Lagu & Lirik : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd
Terbitan : World Business Affairs Sdn Bhd
Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif : Academeus Solution
Penerbit Lagu : Azmeer
Susunan Muzik / Programming : Azmeer
Jurutera Rakaman : Amir Syawal
Studio Rakaman : Bengkel Audio Werk
Adunan & Mastering : Amir Syawal
Pengedaran Digital : Keon Omar, Nabila Zaini
Pengurusan Hakcipta : Jennifah Johari, Siti Hajar, Sabarina Rahman
Pengurusan Produksi : Afrizal
Promosi : Opie Sofia, Kikie & Team
P&C 2025 Luncai Emas Sdn Bhd & World Business Affairs Sdn Bhd
LIRIK
Berapa Lama Mesti Ku Nanti
Sinar Cahaya Matamu
Gemerlap Bagai Bintang
Menghiasi Malam
Malam Yang Menutup Diriku
Berapa Lama Perlu Kutunggu
Lontaran Suara Dari Bibirmu
Memecah Hening Taman
Taman Syurgawi
Pada Sebuah Hati Yang Sepi
Penantian Suatu Siksa
Yang Tidak Tertanggung
Oleh Tubuhku Yang Kering Dan Layu
Kepastian Suatu Penawar
Dalam Suka Dan Duka
Yang Meniti Hidupku