
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa pada jam 1:05 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 1:05 pagi, 23 Disember 2024 |
Koordinat | : 9.3° Selatan 106.6° Timur |
Lokasi | : Selatan Jawa |
Magnitud | : 5.0 |
Jarak | : 272km Selatan dari Sukabumi, Indonesia |
Kedalaman | : 10 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.