
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda enggara Kepulauan Ryukyu pada jam 8:16 malam semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 8:16 malam, 17 November 2024 |
Koordinat | : 29.0° Utara 131.3° Timur |
Lokasi | : Tenggara Kepulauan Ryukyu |
Magnitud | : 6.0 |
Jarak | : 298km Selatan dari Kagoshima,Japan |
Kedalaman | : 52 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.