
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 3:22 petang semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut
Waktu Kejadian | : 3:22 petang, 10 Oktober 2024 |
Koordinat | : 2.0° Utara 127.1° Timur |
Lokasi | : Halmahera, Indonesia |
Magnitud | : 5.6 |
Jarak | : 136km Utara dari Ternate,Indonesia |
Kedalaman | : 94 km |
Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.