
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Kepulauan Mariana pada jam 7:36 malam hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 7:36 malam, 16 September 2024 |
Koordinat | : 17.1° Utara 147.2° Timur |
Lokasi | : Rantau Kepulauan Mariana |
Magnitud | : 6.3 |
Jarak | : 2,156km Tenggara dari Yokosuka, Jepun |
Kedalaman | : 112 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.