
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 5:37 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut
Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut: | |
Waktu Kejadian | : 5:37 pagi, 15 September 2024 |
Koordinat | : 2.0° Utara 99.0° Timur |
Lokasi | : Utara Sumatera, Indonesia |
Magnitud | : 5.6 |
Jarak | : 35km Timur Laut dari Sibolga,Indonesia |
Kedalaman | : 151 km |
Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.