
๐๐ฟ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ ๐๐ผ๐๐ผ : ๐๐ถ๐ฟ๐ผ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐, ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ, ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฟ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ฒ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป
JAKARTA, 5 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datoโ Sri Haji Fadillah Haji Yusofย telah menyampaikan Ucaptama di Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia (ISF) 2024 yang pembukaannya telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Bapak Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia.

Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan keperluan kerjasama serantau dalam menangani perubahan iklim โ isu yang melangkaui sempadan dan memberi kesan kepada semua aspek ekonomi dan masyarakat.
“Saya berkongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC), rangka kerja yang meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kemampanan tenaga.
Inisiatif seperti Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu integrasi dan daya tahan tenaga serantau sambil mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu.
Malaysia komited kepada sasaran 70% tenaga boleh baharu menerusi campuran penjanaan kuasa menjelang 2050, dengan peningkatan ketara daripada 27% jumlah sedia ada kini.” kata Fadillah menerusi satu hantaran di halaman X rasmi beliau.
Tambahnya, Strategi Malaysia adalah tertumpu pada tenaga solar, kuasa hidro dan teknologi biojisim, memanfaatkan inisiatif utama seperti Program Solar Berskala Besar (LSS), Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Ia selaras dengan matlamat penyahkarbonan global, menyokong peralihan kepada sistem tenaga yang lebih bersih dan hijau.
“Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan mengutamakan kerjasama yang lebih menyeluruh dalam mengoperasikan APAEC dari 2026 hingga 2030, dengan tumpuan untuk meningkatkan kesalinghubungan tenaga serantau, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan peralihan yang adil dan inklusif. Usaha kolektif ini akan memacu kemajuan yang bermakna ke arah masa depan tenaga yang mampan dan berdaya tahan untuk rantau ini.
Mencapai Sifar Bersih adalah cabaran yang tidak boleh ditangani oleh negara kita sendirian. Malaysia komited terus bekerjasama rapat dengan rakan ASEAN dalam membina masa depan yang mampan dan makmur untuk generasi akan datang.” kata Fadillah.