
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Solomon pada jam 4:13 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 4:13 pagi, 2 September 2024 |
Koordinat | : 6.9° Selatan 155.5° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Solomon |
Magnitud | : 6.5 |
Jarak | : 74km Selatan dari Arawa,PNG |
Kedalaman | : 85 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.