
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India pada jam 11:42 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut
Waktu Kejadian | : 11:42 pagi, 1 September 2024 |
Koordinat | : 8.2° Utara 91.8° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Nicobar, Rantau India |
Magnitud | : 5.5 |
Jarak | : 153km Barat Daya dari Car Nicobar, India |
Kedalaman | : 10 km |
Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.