
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Tonga pada jam 7:29 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 7:29 pagi, 26 Ogos 2024 |
Koordinat | : 20.1° Selatan 174.7° Barat |
Lokasi | : Kepulauan Tonga |
Magnitud | : 6.8 |
Jarak | : 754km Timur dari Laucala,Fiji. |
Kedalaman | : 93 km. |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.