
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kyushu, Jepun pada jam 12:20 t3:42 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 3:42 petang, 8 Ogos 2024 |
Koordinat | : 31.7° Utara 131.7° Timur |
Lokasi | : Kyushu, Jepun |
Magnitud | : 6.9 |
Jarak | : 37km Tenggara dari Miyazaki,Jepun |
Kedalaman | : 41 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.