KUALA LUMPUR, 16 JANUARI 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Majlis penganugerahan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid bertempat di Dewan Sutera, Ibu JBPM, Putrajaya.
Hadir sama pada majlis ini, Muhammad Razman bin Abu Samah,Timbalan Ketua Setiausahan (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
YB KM kemudian mengambil tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan yang terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diketuai Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Firdaus Khan bin Anwat Khan di perkarangan ibu pejabat diikuti sesi taklimat organisasi JBPM.
YB KM yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dilantik menganggotai Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, setelah mengangkat sumpah di Istana Negara pada 3 Disember tahun lalu.
- IKLAN RAYA SIRIM MEMUPUK RASA KASIH SAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK
- PAMERAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UNIVERSITI MALAYSIA BERJAYA DIADAKAN DI TRIPOLI,LIBYA
- Insentif Rebat RAHMAH One-Off untuk Anggota PDRM Sempena Hari Polis Ke-218
- Gigi palsu juga perlu digosok
- LEBIH 51,000 KEDAI TERLIBAT DALAM LARANGAN PAMERAN PRODUK MEROKOK DI KAUNTER JUALAN DI BAWAH AKTA 852